Ikuti Kami:

“Saya Rasa Tak Berguna, Saya Benar-Benar Tertekan..” – Lee Dongwook

“Saya Rasa Tak Berguna, Saya Benar-Benar Tertekan..” – Lee Dongwook

Sebagai seorang pelakon, Lee Dong-wook pastinya tidak terlepas dari mempunyai kesukarannya tersendiri.

Baru-baru ini, Lee Dong-wook telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Yoo Jae-suk “DdeunDdeun”.

Khususnya dalam siaran itu, Lee Dong-wook ada berkongsi mengenai kehidupannya kini dengan berkata,

Saya mula bersenam kerana saya berasa seperti orang yang tidak berguna, berbaring di rumah saya. Saya fikir saya harus mempunyai sekurang-kurangnya satu perkara untuk diusahakan. Senaman yang konsisten membuahkan hasil dan ia memberi rasa pencapaian buat diri saya.

Kemudian, pelakon “Tale of the Nine Tailed 1938” itu mula menceritakan tentang masalah yang dialaminya sejak kebelakangan ini,

Baru-baru ini, saya rasa benar-benar tertekan. Saya mengalami kemerosotan setiap empat hingga lima tahun dan saya rasa saya mengalaminya sekarang, tetapi tidak tahu mengapa. Apa yang saya percaya, ianya penting untuk mengharungi rasa kemerosotan itu dengan berkongsi pada orang lain. Dulu saya menyimpannya sendirian, tetapi sekarang saya akan bercakap mengenainya.

lee dongwook yoo jaesuk

Akhir sekali, pelakon lelaki itu menekankan kepada Yoo Jae-suk,

Saya perlu mengatakan bahawa saya tidak cuba untuk mendapatkan jawapan dari awak atau penonton. Saya hanya memberitahu awak perkara sebenar tentang keadaan saya sekarang.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Lee Dong-wook..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...