Ikuti Kami:

“Saya Rasa Sakit Di Hati” – Bobby iKON Luah Perasaan Selepas Tinggalkan YG Entertainment

“Saya Rasa Sakit Di Hati” – Bobby iKON Luah Perasaan Selepas Tinggalkan YG Entertainment

Pastinya sukar untuk Bobby meninggalkan YG Entertainment selepas 10 tahun bersama.

Baru-baru ini, salah seorang ahli dari kumpulan iKON iaitu Bobby telah ditemu-bual dan dia juga mendedahkan perasaannya selepas meninggalkan YG Entertainment.

Ketika sesi temu bual, penyanyi itu sempat mengimbau kembali kenangan hari terakhir dia mengucapkan selamat tinggal kepada agensi tersebut.

Hari itu, saya dan ahli yang lain pergi ke setiap tingkat bangunan untuk kali terakhir dan kami juga mengucapkan selamat tinggal kepada penerbit Yang Hyuk-suk.

bobby ikon

Tambahnya lagi, kakitangan agensi tersebut sudi membantu mereka walaupun kontrak sudah tamat.

Semua pekerja di YG Entertainment berkata kepada kami bahawa mereka memerhatikan kami seperti ibu burung melihat anak mereka bersiap sedia untuk terbang keluar dari sarang. Ada juga yang memberitahu kepada kami jika memerlukan bantuan boleh hubungi mereka dan ia membuatkan kami berasa sangat bersyukur.

Seterusnya, bintang idola itu juga menyatakan dia berasa sedih kerana perlu meninggalkan rakan agensinya iaitu Jin-woo WINNER.

Pada hari terakhir, saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Jin-woo dan ianya betul meninggalkan kesan yang sangat kuat kepada saya. Mungkin sebab saya mempunyai kenangan yang banyak bersama Jin-woo sejak kami bersama selama bertahun-tahun.

bobby jinwoo

Jelas Bobby lagi,

Dia hampir menangis, yang membuatkan saya rasa sedih. Malam itu, kami semua keluar makan malam bersama pengurus kami juga. Kami banyak menghabiskan masa hanya berbual dan berkongsi cerita masa lalu. Pada ketika itu, saya terasa sakit di hati.

Semoga kumpulan iKON terus maju jaya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...