Ikuti Kami:

Bobby iKON Umum Bakal Lancar Album Solo Pertama Selepas Keluar Dari YG Entertainment

Bobby iKON Umum Bakal Lancar Album Solo Pertama Selepas Keluar Dari YG Entertainment

Akhirnya, Bobby iKON akan buat kemunculan semula sebagai artis solo.

Terkini, salah seorang ahli dari kumpulan iKON iaitu Bobby, bakal melancarkan album solonya yang pertama “S.i.R” selepas keluar dari YG Entertainment.

Untuk pengetahuan, iKON telah menamatkan kontrak eksklusif mereka bersama YG Entertainment pada hujung tahun lepas dan telah menyertai agensi baru iaitu 143 Entertainment pada awal tahun ini.

Sedikit informasi untuk peminat kumpulan iKON, muzik video lagu baru Bobby iaitu “Cherry Blossoms” bakal dikeluarkan pada 20 Mac ini dan diikuti dengan “Drowing” pada 21 Mac.

Kemudian, album penuh “S.i.R” akan dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan lagu “Drowing” pada jam 5 petang.

Selain itu, Bobby juga akan muncul dalam rancangan “M Countdown” pada 23 Mac ini bagi mempromosikan album solonya.

Korang jangan lupa nantikan tau album solo Bobby!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...