Ikuti Kami:

“Saya Rasa Macam Nak M*ti” – Hadapi Kesukaran, Han Geng Luah Tak Menyesal Tinggalkan SUPER JUNIOR

“Saya Rasa Macam Nak M*ti” – Hadapi Kesukaran, Han Geng Luah Tak Menyesal Tinggalkan SUPER JUNIOR

Han Geng telah mendedahkan kesukaran yang dihadapinya semasa bersama dengan SUPER JUNIOR.

Pada 28 Januari, video temu bual Han Geng bersama dengan PhoenixTV telah dimuat naik. Di mana dalam video tersebut, dia telah menceritakan masa lalunya sebagai salah seorang ahli SUPER JUNIOR.

Datang dari keluarga yang susah, Han Geng telah bernekad untuk mencari wang dan menanda tangani kontrak selama 13 tahun bersama SM Entertainment sejurus selepas tamat persekolahan.

Katanya,

Saya tanda tangani kontrak untuk 13 tahun, tapi ianya sangat sukar terutamanya masa saya bergelar pelatih.

hangeng

Tambah pelakon tersebut,

Perkara ini buat saya rasa tertekan sehingga saya tak sedar yang saya mengalami kecederaan selepas berlatih dari pagi hingga ke malam.

Adunya lagi,

Malah, elaun pendapatan saya juga sangat sedikit sehingga ianya buatkan saya telefon ayah saya dan bertanya kepadanya ‘apa akan jadi jika saya ambil nyawa saya sendiri?’.

hangeng sj

Disebabkan sudah tidak tahan, Han Geng telah membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2009 dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan pelakon di Cina.

Pada tahun 2019, Han Geng telah berkahwin dengan seorang pelakon bernama Celina Jade dan menimang anak perempuan pertama mereka pada tahun 2022.

Bukan senang nak berjaya kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...