Ikuti Kami:

“Kedekut Betul” – Dianggap Seperti Orang Asing, Layanan SM Terhadap Kyuhyun SUPER JUNIOR Dikritik Peminat

“Kedekut Betul” – Dianggap Seperti Orang Asing, Layanan SM Terhadap Kyuhyun SUPER JUNIOR Dikritik Peminat

Dalam episod terbaru “Knowing Bros”, Kyu-hyun SUPER JUNIOR telah menegur SM Entertainment kerana mengenakan bayaran parkir kepadanya.

Penyanyi idola itu mendedahkan bahawa ketika dia hadir ke syarikat tersebut untuk menjalani latihan sebagai sebahagian ahli SUPER JUNIOR, pihak pengurusan di situ telah menyuruh dia menggunakan parkir berbayar.

Katanya,

Saya sebenarnya tak nak buka cerita ini, tapi baru-baru ini ketika saya pergi ke SM untuk berlatih dengan ahli yang lain, mereka menyuruh saya untuk bayar parkir.

Adunya,

Saya rasa kecewa sebab saya masih lagi sebahagian daripada ahli SUPER JUNIOR yang bernaung di bawah syarikat tersebut.

Pendedahan yang dibuat oleh Kyu-hyun itu telah membuatkan peminat bengang akan layanan yang diberikan oleh SM buat penyanyi tersebut.

Rata-rata komen peminat ialah,

Jahatnya!

 

Selalunya syarikat tidak akan mengenakan sebarang bayaran dekat artis mereka!

 

Walaupun saya bekerja di syarikat yang kecil, kami tak pernah mengenakan bayaran parkir kepada sesiapa.

 

Selagi dia masih bergelar ahli SUPER JUNIOR, dia juga perlu dapat layanan yang sama seperti ahli lain.

 

Kedekut betul!

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...