Sebelum ini, kami kongsikan dengan korang mengenai ratu luncur Korea, Kim Yu-na yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama penyanyi, Ko Woo-rim. Terbaru, Kim Yu-na tampil dalam ELLE Korea untuk berkongsi mengenai perancangan untuk kehidupan barunya.
Kim Yu-na sempat menjalani satu sesi temu bual bersama pihak produksi ELLE Korea setelah sesi penggambaran selesai. Menerusi temu bual tersebut, Kim Yu-na memetik perihal titik perubahan terbaru dalam hidupnya. Dia berkata,
Saya sudah menjadi atlet sejak berumur 7 tahun dan juga mewakili Korea. Tempoh karier itu sehingga ke tempoh persaraan saya sebagai seorang atlet pastinya terasa berat dan bimbang kerana saya akan memulakan kehidupan baru. Setelah menjengah usia 30 tahun, saya mula merasakan kehidupan baru ini akan berpecah kepada banyak haluan.
Kim Yu-na juga sempat berkongsi perihal hubungan peribadinya dengan mengatakan,
Nampaknya saya berupaya untuk menjaga hubungan ini dalam jangka masa yang lama dengan orang yang sama dari awal sehingga sekarang dan saya juga berupaya melepaskan orang yang tidak melayani saya dengan baik.
Melihat kepada perkahwinan Kim Yu-na dan Ko Woo-rim yang akan berlangsung pada Oktober ini, mereka berdua tampak agak sibuk namun bersedia untuk kehidupan baru bersama.
Semoga urusan perkahwinan Kim Yu-na dan Ko Woo-rim dimudahkan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.