Ikuti Kami:

Selepas 3 Tahun Bercinta, Kim Yuna & Ko Woorim FORESTELLA Bakal Berkahwin Oktober Ini

Selepas 3 Tahun Bercinta, Kim Yuna & Ko Woorim FORESTELLA Bakal Berkahwin Oktober Ini

Ratu luncur, Kim Yu-na kini dikhabar bakal melangsungkan perkahwinan dengan ahli FORESTELLA iaitu Ko Woo-rim pada 27 Oktober ini. Tahniah!

Terbaru, agensi Ko Woo-rim iaitu BEAT INTERACTIVE mengumumkan melalui satu kenyataan rasmi di mana mereka menyatakan,

Ko Woo-rim bakal berkahwin dengan Kim Yu-na pada Oktober ini.

Kemudian mereka menyambung,

Kami meminta pemahaman daripada peminat dan pihak media rasmi kerana majlis perkahwinan akam dijalankan secara tertutup hanya untuk ahli keluarga dan kenalan rapat.

Berikut merupakan kenyataan penuh oleh BEAT INTERACTIVE.

Hello. Ini ialah BEAT INTERACTIVE.

Kami mempunyai berita gembira untuk dikongsi mengenai artis agensi kami, Ko Woo-rim. Ko Woo-rim akan berkahwin dengan ratu luncur, Kim Yu-na pada bulan Oktober.

Majlis perkahwinan akan dijalankan secara tertutup bersama saudara mara dan kenalan, justeru kami memohon pemahaman daripada ramai peminat dan media kerana tidak mendedahkan butiran tarikh perkahwinan dan lokasi dewan perkahwinan.

Ko Woo-rim pertama kali bertemu dengan Kim Yu-na pada 2018 dan selepas tiga tahun bercinta, mereka kini bakal melangsungkan perkahwinan.

Ko Woo-rim ialah graduan dari jabatan muzik vokal Universiti Kebangsaan Seoul, dan dia merupakan ahli kumpulan kuartet lelaki ‘crossover’ FORESTELLA yang memenangi “Phantom Singer 2”. 

Selepas berkahwin, Ko Woo-rim akan terus bekerja secara aktif sebagai ahli FORESTELLA, vokalis, dan penyanyi ‘crossover’. Sila berikan sokongan untuk aktiviti Ko Woo-rim kerana dia akan menunjukkan sisi yang lebih matang dari dirinya.

Terima kasih.

Akhirnya, kahwin juga! Tahniah buat Ko Woo-rim dan Kim Yu-na!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...