Ikuti Kami:

“Saya Rasa Gelisah…” – Hyelin EXID Kongsi Impak Lagu ‘Up&Down’

“Saya Rasa Gelisah…” – Hyelin EXID Kongsi Impak Lagu ‘Up&Down’

Lama tak dengar pasal EXID kan? Baru-baru ini Hye-lin datang bercuti ke Malaysia tau dengan dua orang kawannya.

Menerusi satu rancangan hiburan IHQ iaitu “Travely”, Hye-lin menjelajah ke beberapa buah tempat percutian bersama model, Song Hae-na dan juga pelakon Kim Min-sun. Kali ini, mereka bertiga menjelajah ke Kota Kinabalu tau!hyelinDalam episod kelima “Travely”, mereka semua melawat Kota Kinabalu dan menjalani beberapa aktiviti di sana selain menjamah makanan di restoran tempatan. Sewaktu mereka bertiga sedang makan bersama, Song Hae-na meluahkan bahawa,

Kebelakangan ini saya terlalu sibuk dan ia membuatkan saya berasa resah. Bila saya resah, saya elak untuk bertemu orang dan kemudiannya saya berasa sunyi.

Manakala, Hye-lin pula sempat mengimbas semula waktu-waktu dia juga pernah sesibuk Song Hae-na dan berkata,

Apa yang awak cakap mengingatkan saya sewaktu EXID sedang di ambang populariti, sewaktu era “Up&Down”. Lagu itu saya kira suatu kejayaan yang hebat dan saya sibuk disebabkan sering mempromosikan dan membuat persembahan di sana sini. Jadi saya faham perasaan awak. 

hyelinLah rupanya, Hye-lin rasa resah disebabkan jadual terlalu padat. Nasib lah sekarang ada ruang untuk diri sendiri…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...