Dah menjengah 10 tahun dah dalam industri, namun EXID masih kekal relevan sehingga kini. Lama dah ek?

Ikutan daripada jangka masa tersebut, EXID khabarnya akan menyambut ulang tahun sempena 10 tahun mereka berada dalam industri. Baru-baru ini, EXID membuat satu sesi siaran secara langsung untuk sambutan ulang tahun ke-10 mereka.
Setiap ahli kumpulan tersebut juga sempat meluahkan rasa terima kasih mereka kepada peminat yang kekal menyokong dan berdiri bersama mereka selama 10 tahun. Jika kita menjengah ke laman Instagram mereka, masing-masing memuat naik gambar bersama dengan kapsyen yang menyentuh hati.
Hampir kesemua ahli memuat naik gambar mereka bersama di dalam satu ruang foto dan meletakkan kapsyen seperti,
” #EXID #10thanniversary Kepada semua ahli yang sudah sampai ke tahap ini bersama dan buat LEGGO, saya sayang anda semua dan terima kasih! #our #10thanniversary #congrats -Sol-ji “
” Walaupun segalanya mungkin berubah, masa kita bersama tidak akan berubah. #10thanniversary #EXID #LEGGO -LE “
” Keajaiban adalah apabila waktu-waktu kita bersama akan diingati dan kekal dalam hati. EXID, LEGGO -Hani “
” #EXID #10anniversary #loveu Kepada kesemua ahli dan LEGGO, anda semua sangat bermakna dan saya ingin ucapkan terima kasih. -Hye-lin “
” Ini adalah orang yang membuat saya rasa lengkap. #EXID #10thanniversary #LEGGO -Jeong-hwa “
Comelnya dorang kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.