Ikuti Kami:

EXID Bakal Adakan Konsert Terakhir Bersama Di Jepun

EXID Bakal Adakan Konsert Terakhir Bersama Di Jepun

EXID bakal mengadakan konsert bersama sebagai satu kumpulan sebelum dua orang ahli tinggalkan agensi? Biar betul…

Ekoran daripada perkhabaran di mana ahli EXID, Hani dan Jeong-hwa yang bakal meninggalkan agensi, Banana Culture Entertainment, kumpulan itu khabarnya akan membuat konsert bersama di Jepun.

Satu sidang media diadakan yang mana mengumumkan bahawa kumpulan tersebut bakal meneruskan promosi secara berkumpulan dalam kadar masa setahun lagi. Ini merupakan kenyataan daripada Banana Culture Entertainment.exid

Ini adalah kenyataan rasmi kami mengenai promosi Jepun EXID.

Seperti yang kami dedahkan dalam kenyataan sebelum ini, Sol-ji, LE, dan Hye-lin EXID telah memperbaharui kontrak mereka dengan kami, bermula pada akhir bulan ini. Sementara kontrak Hani dan Jeong-hwa akan berakhir, kelima-lima ahli EXID akan mengambil bahagian dalam promosi Jepun kumpulan itu untuk tahun hadapan.

Selain itu, jelajah Jepun EXID “2019 EXID Summer Live Tour”, yang bermula pada 11 Ogos, akan dijalankan oleh kelima-lima ahli iaitu Sol-ji, LE, Hye-lin, Hani dan Jeong-hwa seperti biasa.

Banana Culture akan memberikan sokongan penuh kepada ahli-ahli aktiviti individu dan kumpulan secara penuh di masa hadapan.

Kami meminta sokongan anda juga untuk kemunculan semula EXID dengan “ME&YOU”, serta sokongan anda untuk lima ahli EXID.

Sementara itu, Banana Culture Entertainment turut menyatakan bahawa EXID tidak akan dibubarkan dan agensi itu sedang meneliti bagaimana ahli-ahli itu boleh meneruskan promosi bersama pada masa hadapan.

Siapa cakap dorang dibubarkan? Eh pandai-pandai je korang ni…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...