Meskipun sudah lama memohon maaf mengenai kontroversi melibatkan bekas kekasih dahulu, namun Kim Seon-ho sekali lagi menyampaikan rasa maafnya terhadap umum baru-baru ini.
Kelmarin, lelaki itu dan rakan pelakon lain telah menyertai sidang paparan teater “Touching The Void”. Ini merupakan kemunculan pertamanya di mata umum selepas terlibat dengan kontroversi tahun lalu.
Pada hari ini, Kim Seon-ho muncul dengan surat bertulis sebelum persidangan itu.
Katanya,
Saya merasakan bahawa ia tanggungjawab saya untuk menyapa dahulu jadi muncul seorang diri dahulu. Saya sedikit gementar, jadi saya menulis apa yang mahu dikatakan kerana saya mungkin tak tentu arah. Saya harap anda melihat dengan fikiran terbuka.
Selepas melepaskan tekanan yang terasa, tambahnya lagi sambil menangis,
Saya mohon maaf sangat dan berasa bersalah kerana bercakap mengenai hal ini di sini. Ramai yang bekerja keras dari musim bunga ke musim panas bagi menjayakan teater ini. Saya minta maaf buat semua.
Sambungnya,
Saya memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan buat semua orang dengan berita buruk itu. Melihat kembali, saya banyak bermuhasabah diri dengan kekurangan saya. Apa yang saya boleh katakan ialah saya akan mencuba jadi pelakon dan individu yang lebih baik. Saya minta maaf.
Dalam pada itu, Kim Seon-ho sudah pun kembali aktif dalam dunia seni menerusi tetaer ini dan bakal muncul dalam filem “Sad Tropics”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.