Ikuti Kami:

“Saya Rasa Bersalah..” – Lee Jongsuk Dedah Sebab Jarang Berlakon Drama Bersejarah

“Saya Rasa Bersalah..” – Lee Jongsuk Dedah Sebab Jarang Berlakon Drama Bersejarah

Korang tahu tak, meskipun sudah lebih 10 tahun berlakon, Lee Jong-suk hanya pernah sekali sahaja membintangi drama bersejarah iaitu dalam “The Face Reader” pada 2013.

Sebelum ini menerusi program “Three Meals A Day”, Lee Jong-suk pernah berkongsi bahawa dia bukanlah orang yang sesuai untuk berlakon dalam karya genre sejarah.

Apabila ditanya sebabnya, pelakon lelaki itu menyatakan,

Saya telah mengelak dari genre itu.

lee jongsuk

Jelas Lee Jong-suk,

Setiap kali saya muncul dalam satu adegan, rasanya seperti nada vokal dan lakonan saya akan memecahkan aliran yang dibina oleh pelakon lain. Saya berasa sangat bersalah, sehingga saya tidak boleh melakukannya.

Takpelah, Lee Jong-suk pasti tahu apa yang terbaik untuk dirinya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...