Ikuti Kami:

“Saya Rasa Bersalah” – Jadi Ayah Kini, Bobby iKON Luah Tentang Kehamilan Sebelum Perkahwinan

“Saya Rasa Bersalah” – Jadi Ayah Kini, Bobby iKON Luah Tentang Kehamilan Sebelum Perkahwinan

Sudah hampir setahun bergelar ayah, Bobby iKON langsung tidak pernah meluahkan perasaannya mengenai hal itu secara terbuka.

Dalam episod terbaru “Oh Eun-young’s Golden Clinic”, ahli iKON iaitu Bobby, Jun-hoe dan Kim Dong-hyuk telah hadir sebagai tetamu.

Akui Bobby, dia seorang yang susah untuk meluahkan perasaan dan lebih senang berpura-pura menjawab telefon apabila situasi menjadi janggal dan kekok.

Malah penyanyi rap itu turut mendedahkan mengenai berita perkahwinan dan kelahiran anak pertama yang diumumkan secara tiba-tiba.

bobby ikon

Ulas Kim Dong-hyuk,

Bobby bercakap dengan semua ahli terlebih dahulu. Saya memeluknya tanpa mengatakan apa-apa dan dia banyak menangis. Itu adalah pertama kali saya melihat dia menangis sebanyak itu. Dia seorang yang jarang menangis. Saya tak mampu berkata apa-apa kerana merasai emosinya pada ketika itu.

Jelas Bobby,

Selepas memberitahu ibu bapa dan agensi mengenai hal itu, saya melawat orang tua dan menjelaskan situasi itu. Saya berasa lawak melihat diri saya menjelaskan mengenai kehamilan itu. Saya merasakan bahawa saya menjalani kehidupan yang di luar jangkaan hingga memecut seperti ini. Terdapat banyak perkara yang saya perlu ambil tahu mengenai masa depan dan bagaimana ingin berkahwin. Saya tiada masa untuk merasai perasaan saya.

bobby ikon

Tambahnya,

Saya bekerja sebagai seseorang yang perlu menunjukkan contoh buat kanak-kanak dan remaja namun kehamilan sebelum pernikahan bukanlah sesuatu yang boleh dicontohi. Saya berasa bersalah.

Semoga Bobby kuat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...