Ikuti Kami:

Tahniah! Bobby iKON Kongsi Bakal Berkahwin & Jadi Ayah Tak Lama Lagi

Tahniah! Bobby iKON Kongsi Bakal Berkahwin & Jadi Ayah Tak Lama Lagi

Nampaknya ada berita gembira yang mahu dikongsikan oleh Bobby, yang merupakan ahli iKON.

Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi mengenai perkahwinan dan anak yang bakal ditimangnya tak lama nanti.

Hello, ini ialah Bobby daripada iKON. Ada suatu perkara yang saya benar-benar mahu kongsikan hari ini. Jadi, saya menulisnya selepas lama berfikir.

Saya telah menjanjikan perkahwinan bersama seorang yang sangat dicintai. Saya juga bakal menjadi ayah pada September nanti. Saya gembira kerana bakal menyambut ahli keluarga baru tapi saya berasa bersalah apabila memikirkan peminat yang mungkin terkejut dengan berita ini.

Saya patut menyampaikannya dengan lebih awal namun saya memohon maaf kerana memberitahu lambat kerana saya risaukan hal ini lebih daripada yang lain.

Saya merasai tanggungjawab yang besar kerana menyebabkan bebanan emosi berat kepada semua yang menyokong dan membantu saya yang banyak kekurangan ini.

Saya memohon maaf kepada semua yang terluka dan keliru dengan berita ini.

Saya akan menjadi seseorang yang tidak menyebabkan malu kepada keluarga dan juga iKON dan peminat yang membantu membuatkan diri saya yang banyak kekurangan kepada seorang yang diperlukan di dalam dunia ini.

Lebih daripada itu, saya akan bekerja dengan lebih keras untuk tidak menyusahkan ahli lain dan peminat yang menantikan aktiviti iKON.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @bobbyindaeyo

Tahniah buat Bobby!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...