Bukan senang kita nak lupakan pemergian seseorang, lebih-lebih lagi kalau dia merupakan kawan baik kita sendiri.
Pada 8 Mei, Cha Eun-woo telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “You Quiz On The Block”. Di mana, dia telah membuka cerita mengenai hidupnya serta saat dia kehilangan salah seorang sahabat baiknya, Moonbin.
Katanya,
Tahun lepas merupakan tahun yang sukar untuk saya. Semua lirik lagu yang saya tulis dalam album saya ialah perkara yang sampaikan dekat semua.
Tambahnya,
Saya banyak menangis masa tulis lagu itu dan saya rasa bersalah setiap kali saya nak nyanyikan lagu tersebut.
Bila orang tanya sama ada saya okay atau tak, saya sejujurnya tak tahu nak cakap apa.
Sambungnya lagi,
Tapi, sekarang saya pilih untuk bekerja keras dan hargai kehidupan ini kerana saya yakin yang Moonbin juga nak saya lakukan perkara yang sama.
차은우 유퀴즈 웃으면서 보다가
눈물나잖아 ㅠㅠ pic.twitter.com/2Zx3fP7Rh6— 변방의 드덕계정 (@kdrama_duck) May 8, 2024
Tidak berhenti di situ, Cha Eun-woo turut meninggalkan pesanan buat mendiang Moonbin. Dia berkata,
Moonbin, awak baik-baik sahaja kan di sana? Saya sangat rindukan awak. Saya akan memenuhi bahagian awak jadi jawak jangan risaukan saya. Sehingga kita berjumpa lagi.
Sedihnya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.