Cha Eun-woo telah menghadiahkan peminat dengan memori indah yang tak dapat dilihat di konsert-konsertnya yang lain.
Baru-baru ini, Cha Eun-woo telah mengadakan konsert perjumpaan peminat di Hong Kong. Malah, ianya turut dihadiri oleh ribuan peminat yang datang untuk memberi sokongan.
Apa yang menjadikan konsert ini lain daripada yang lain ialah kerana situasi yang tidak dijangka yang disaksikan peminat. Di mana, ketika Cha Eun-woo sedang menari, butang pada bajunya telah terbuka dan penyanyi tersebut telah dilihat cuba untuk memegang bajunya.
Lama-kelamaan, dia mula menyerah dan membiarkan peminat menikmati pemandangan indah di atas pentas. Cha Eun-woo juga dilihat sangat fokus dengan persembahannya meskipun mengalami masalah dengan pakaian.
CHA EUNWOO!!!! pic.twitter.com/nI9lOCalJe
— Nunca Pause o MV (@npomvtt) April 26, 2024
Selain terpukau dengan tubuh badan sasa penyanyi tersebut, rata-rata peminat yang hadir turut memuji sikap profesional Cha Eun-woo yang masih meneruskan persembahan walaupun hampir separuh tubuh badannya terdedah.
Ramai juga setuju bahawa ini adalah kerosakan pakaian terbaik yang pernah berlaku.
Untungla….
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.