Cha Eun-woo sekali lagi telah mengejutkan peminat serta netizen dengan paras rupanya.
Pada 20 Mac, Cha Eun-woo telah dilihat menghadiri satu perlawanan besbol. Di mana, dia telah menarik perhatian peminat yang turut hadir melihat perlawanan tersebut.
Tidak lama selepas itu, penyanyi serta pelakon itu turut menarik perhatian pihak penganjur di mana mereka telah merakam Cha Eun-woo dan menyiarkannya di siaran rasmi mereka.
Tidak terganggu dengan perhatian yang diberikan, ahli ASTRO itu kelihatan fokus menonton perlawanan yang sedang berlangsung sambil makan dan bersembang dengan orang disekelilingnya.
Something abt this barefaced eunwoo is making me feel things… pic.twitter.com/eKmZeRJXow
— eunwoo loml (@bieunu) March 20, 2024
Selepas video itu tular di media sosial, rata-rata peminat serta netizen telah memuji aura serta paras rupa Cha Eun-woo.
Meskipun tampil tanpa memakai sebarang alat solek, penyanyi itu masih lagi kelihatan kacak seperti sedang bersiap sedia untuk melakukan penggambaran mahupun persembahan.
Malah, Cha Eun-woo turut membuktikan bahawa dia memiliki kecantikan semula jadi yang sebenar.
Elok betul Cha Eun-woo kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.