Selepas 18 bulan, Seo Kang-joon telah pun selesai berkhidmat dalam tentera pada Mei 2023 yang lalu.
Baru-baru ini, Seo Kang-joon telah muncul sebagai tetamu menerusi saluran YouTube Shin Dong-yup, bagi mempromosikan drama terbarunya “Undercover High School”.
Ketika sedang berborak, Seo Kang-joon sempat mendedahkan bahawa dia sering diganggu oleh lelaki lain, ketika sedang berkhidmat dalam ketenteraan. Lelaki itu mengimbas kembali,
Semasa saya mandi, ada lelaki yang hanya akan terus masuk ke tandas. Ada je yang datang ke bilik mandi, dah selesai mandi dan kemudian masuk semula.
Sambungnya lagi,
Saya fikir ‘Dia mandi dua kali ke?’. Jadi, saya sengaja memusingkan badan saya dan berkata ‘Saya tidak akan tunjukkan apa yang awak mahu’.
Kemudian ketika Shin Dong-yup mengusiknya dengan menyatakan bahawa dia boleh berterus-terang sekiranya dia menyukai lelaki, Seo Kang-joon terus menyangkal dakwaan tersebut sekaligus menegaskan bahawa dia sukakan wanita.
Lahh kesian Seo Kang-joon..