Selepas 18 bulan, Seo Kang-joon telah pun selesai menjalani servis khidmat ketenteraannya baru-baru ini.
Terbaru, Seo Kang-joon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Esquire Korea, di mana pelakon itu ada berkongsi perkara pertama yang dia ingin lakukan selepas keluar dari tentera,
Berlakon. Tempat terbaik untuk belajar mengenai lakonan adalah di set. Berjauhan daripadanya selama satu setengah tahun membawa sedikit kebimbangan.
Kemudian, pelakon lelaki itu turut menyatakan hasratnya untuk berkahwin pada usia 35 tahun dengan menjelaskan,
Hajat itu tetap ada. Sudah tentu, ia tidak selalu berjalan seperti yang dirancang. Saya fikir ia adalah satu perkara yang menarik untuk mempercayai dan bergantung antara satu sama lain dengan pasangan seumur hidup.
Mengenai ciri idaman wanitanya, Seo Kang-joon berkongsi,
Saya suka seseorang yang suka dengan kerja mereka dan bangga dengan apa yang mereka lakukan.
Semoga Seo Kang-joon dapat jumpa cinta hatinya nanti!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉