Ikuti Kami:

“Saya Pun Tak Tahu Ada..” – Shin Seungho Kongsi Pengalaman Bekerja Jadi Bodyguard RED VELVET

“Saya Pun Tak Tahu Ada..” – Shin Seungho Kongsi Pengalaman Bekerja Jadi Bodyguard RED VELVET

Baru-baru ini, Shin Seung-ho telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube “MMTG” bagi mempromosikan filem terbarunya “Pilot” bersama dengan barisan pelakon lain.

Dalam program itu, pengacara Jaejae ada bertanya kepada Shin Seung-ho tentang kerja sambilannya sebelum debut menjadi pelakon,

Saya dengar awak bekerja sebagai pengawal peribadi di acara fansign RED VELVET.

Mengenai ini, lelaki itu bercerita,

Selepas saya berhenti main bola sepak, perkara yang paling saya mahu lakukan ialah kerja sambilan. Salah seorang rakan saya bekerja untuk pasukan keselamatan di sebuah gedung jadi saya ikut mereka dan menyertai pasukan itu.

shin seungho irene red velvet

Kongsi Shin Seung-ho lagi,

Saya dengar RED VELVET akan datang pada hari itu dan mereka suruh saya jadi pengawal peribadi mereka. Saya pun tak tahu ada gambar yang merakamkan detik itu. Semasa memulakan penggambaran filem ‘Double Patty’ bersama Irene, saya baru sedar saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini.

Siapa sangka kan, dari jadi bodyguard terus dapat berlakon sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...