Ikuti Kami:

Macam K-Drama! Shin Seungho Pernah Jadi ‘Bodyguard’ RED VELVET Sebelum Mula Berlakon

Macam K-Drama! Shin Seungho Pernah Jadi ‘Bodyguard’ RED VELVET Sebelum Mula Berlakon

Betul lah orang cakap, kita memang tak boleh jangka apa yang akan berlaku dalam hidup kita kan?

Baru-baru ini, video pelakon Shin Seung-ho ketika dia pernah menjadi pengawal peribadi untuk RED VELVET, telah tular di media sosial.

Khususnya selepas berhenti menjadi atlet bola sepak, lelaki itu mula bekerja di sebuah kedai, di mana ia merupakan lokasi untuk acara fansign RED VELVET pada suatu masa dahulu.

Apa yang lebih menarik perhatian, selepas debut sebagai pelakon, Shin Seung-ho akhirnya kembali reunion dengan salah seorang ahli iaitu Irene, dengan berpeluang untuk berlakon bersamanya menerusi filem “Double Patty” yang ditayangkan pada 2021.

Dalam satu temu bual ketika mempromosikan filem itu, pelakon lelaki tersebut mendedahkan,

Saya selalu ingin mendapatkan kerja sambilan jadi saya lakukannya di gedung serbaneka. RED VELVET ada fansign di kedai itu dan saya ditugaskan untuk menjadi salah seorang pengawal keselamatan ketika itu. Saya tidak ingat itu adalah kali pertama saya bertemu dengan Irene. Pada masa itu, saya tidak dapat membayangkan diri saya menjadi seorang selebriti, jadi saya mendapati ia sangat hebat.

Macam dalam K-Drama dah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...