“Saya Pun Lupa..” – Song Jihyo Akui Kelemahan Diri Sendiri
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Bukan selalu Song Ji-hyo bercerita mengenai hal peribadinya.
Artikel Berkaitan
Dalam episod terbaru “Running Man”, Jung So-min dan Kang Ha-neul telah menjadi tetamu bagi mempromosikan filem romantik “30 Days”.
Semasa memperkenalkan diri dan bercerita mengenai perkembangan terkini, Kang Ha-neul ditertawakan ramai apabila mengakui bahawa dia tidak mengingati pelbagai perkara. Ini kerana Yang Se-chan mengatakan bahawa lelaki itu menyapanya seperti pertama kali berjumpa sebelum penggambaran meskipun mereka pernah berjumpa dalam salah satu episod “Running Man” dahulu.
Jawab Kang Ha-neul,
Saya hanya berlakon sebab ini kan episod istimewa ‘hilang ingatan’.

Kemudian, Song Ji-hyo tiba-tiba tertawa sendiri dan menahan perutnya. Apabila ditanya mengapa, jawabnya,
Dia sama dengan saya (pelupa).
Mendengarkan penjelasan wanita itu, kesemuanya ikut tertawa memandangkan reaksi rawak yang tidak dijangka.
Gitulah~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




