Ikuti Kami:

“Bila Nak Berlakon..” – Song Jihyo Akui Miliki Bisnes Kafe Kini?

“Bila Nak Berlakon..” – Song Jihyo Akui Miliki Bisnes Kafe Kini?

Walaupun tidak aktif berlakon, rupanya Song Ji-hyo sibuk dengan urusan lain kini. Apakah urusan itu?

Dalam episod terbaru “Running Man”, Yoo Jae-suk telah mendedahkan bahawa pelakon wanita itu baru sahaja membuka perniagaan kafe baru-baru ini.

Sambung Song Ji-hyo mengiakan hal itu,

Kafe yang kita pergi tadi ialah kafe saya. Saya cuba melakukan banyak perkara sekarang ini.

running man

Mendengarkan pengakuan itu, rata-rata ahli terkejut kerana wanita itu yang dalam diam menjadi pemilik kafe kini.

Pun begitu, terdapat segelintir peminat yang bersuara mengatakan bahawa mereka merindui lakonan Song Ji-hyo dan berharap agar bisnes ini tidak akan mengambil sepenuh masanya dari berlakon.

Dalam pada itu, ada yang menebak bahawa Yoo Jae-suk hanya bergurau sahaja mengenai hal itu dan berkemungkinan besar Song Ji-hyo juga hanya melayan. Jadi, tiada kepastian sekiranya wanita itu benar-benar memiliki kafe kini.

Song Ji-hyo pun ada pengalaman jadi pelayan kafe sebelum jadi pelakon kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...