Sejujurnya, ramai yang bersetuju mengatakan bahawa Song Ji-hyo merupakan antara pelakon tercantik di Korea.

Selepas membiarkan rambutnya panjang selepas memilih untuk memotong pendek pada tahun lalu, Song Ji-hyo dilihat selesa dengan gaya rambut paras bahu kini.
Walaupun sudah mencecah usia 42 tahun, namun pelakon tersebut kelihatan semakin cantik kini. Malah ada yang mengatakan imej wanita itu nampak seperti ketika dia berlakon “Princess Hours” sebagai watak Min Hyo-rin dahulu.
Tulis seorang peminat di satu laman komuniti,
Mungkin kerana gayanya, tapi saya perasan yang imejnya sebagai Min Hyo-rin masih dapat dilihat.
Komen yang lain,
Minggu lepas pun dia nampak cantik.
Saya pun nampak dia macam Min Hyo-rin.
Dia tak berubah langsung.
Gaya rambut Min Hyo-rin.
Cantik gila!
Cantik~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.