Ikuti Kami:

“Apa Saja Saya Minta..” – Ahli ‘Running Man’ Terkejut Dengan Kekayaan Keluarga Song Jihyo

“Apa Saja Saya Minta..” – Ahli ‘Running Man’ Terkejut Dengan Kekayaan Keluarga Song Jihyo

Ahli “Running Man” sekali lagi tidak mampu menyembunyikan kekaguman apabila mendengar cerita keluarga kaya Song Ji-hyo.

Dalam episod terbaru ini, para ahli kembali ke zaman awal 2000 di mana mereka mempersembahkan episod khas ‘Daehakro University’.

Untuk misi pertama, kesemua ahli bergerak ke sebuah restoran bersama dengan menggunakan bas. Semasa bersembang, mereka mengenang memori ketika masih kecil dan kadang-kadang terpaksa berlapar.

Selit Kim Jong-kook,

Ji-hyo sahaja yang kaya semasa kecil kan?

song jihyo rich

Jawab wanita itu,

Tidak terlalu teruk, saya juga ada menerima wang belanja. Apa yang saya minta, biasanya saya dapat sahaja.

Mendengarkan pengakuan itu, rata-rata ahli nyata terkejut dengan kekayaan keluarga Song Ji-hyo memandangkan agak sukar untuk meminta wang dari keluarga masing-masing dahulu.

Sebelum ini, Song Ji-hyo mendedahkan bahawa keluarganya sedang mengusahakan bisnes pengangkutan feri penumpang dari Junghwa, Pulau Yongji dan Pulau Yeonhwa.

Hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...