Lakonan Jung Eun-hye dalam “Our Blues” memang berjaya menyentuh hati, kan?
Terbaru pada 9 Jun, video Jung Eun-hye sedang berlatih untuk memainkan wataknya Young-hee dalam “Our Blues” telah dimuat naik di saluran Youtube ‘Artis Karikatur Eunhye’.
Dalam video itu, Jung Eun-hye sedang menumpukan perhatian pada buku skripnya dan membaca barisnya dalam drama tersebut dengan tekun. Semasa menyelami skrip, Jung Eun-hye kemudiannya bertanya kepada kenalan di sebelahnya jika mereka mempunyai TV di rumah. Dia dengan bangga berkata,
Saya akan muncul dalam siaran drama. Tontonlah jika ada masa.
Walaupun ketika mempraktikkan baris sebelum penggambaran drama, Jung Eun-hye tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya. Dia tersenyum cerah sambil berkata,
Saya juga akan menjadi seorang selebriti. Saya akan menjadi bintang.
Untuk pengetahuan, Jung Eun-hye memainkan watak Young-hee, adik kembar kepada Young-ok (Han Ji-min) yang menghidap Sindrom Down dan muncul dalam episod ke-15 dan ke-16 “Our Blues”. Meskipun kali pertama berlakon, lakonannya yang hebat dalam mempersembahkan adegan berat dengan emosi yang sempurna, telah berjaya menyentuh hati penonton.
Tak lama lagi, mesti Jung Eun-hye pun akan menjadi ‘bintang’ terkenal!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.