Siapa yang menonton “Our Blues”, pastinya tertanya-tanya mengenai satu watak baru yang diperkenalkan dalam episodnya baru-baru ini.
Pelakon Jung Eun-hye yang menghidapi sindrom Down menjadi bualan ramai apabila melakonkan watak kembar Lee Young-ok (Han Ji-min) di dalam drama itu. Hanya seorang ahli keluarga Lee Young-ok yang tinggal, hubungan rapat antara adik-beradik itu yang bersatu semula di Jeju membuatkan hati penonton tersentuh.
Kalau anda nak tahu, Jung Eun-hye sebenarnya merupakan seorang pelukis popular dan sudah aktif selama 8 tahun di dalam bidang itu. Bernaung di bawah Studio Kreatif Jamsil di Pertubuhan Kebudayaan Seoul pada 2016, wanita berusia 32 tahun itu menjadi popular kerana melukis 4,000 orang dan dikenali sebagai pelukis ‘Your Face’.
Malah pelukis hebat ini turut berkongsi mengenai kehidupannya di saluran YouTube iaitu ‘Your Face Eun-hye’. Kisah ini juga mendapat perhatian ramai dan ditampilkan dalam filem dokumentari ‘Your Face’ di mana ia memenangi Excellence Award di Filem Festival Persekitaran Seoul 2021. Dokumentari tersebut dijangka akan diriliskan untuk tontonan ramai pada 23 Jun 2022 nanti.
Tersentuh kan melihat kisah mereka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.