Hebat kan lakonan Song Hye-kyo dalam “The Glory”?
Menerusi sebuah temubual rasmi bersama majalah ELLE Korea, Song Hye-kyo telah berkongsi lebih mengenai watak Moon Dong-eun dalam drama berkenaan. Untuk pengetahuan, ia membawa kisah seorang mangsa buli yang membalas dendam dengan menjadi guru kelas anak pembulinya.
Jawabnya jujur, dia berpuas hati dengan babak dinamik di mana Moon Dong-eun menyampaikan emosi mendalam,
Saya berasa gembira semasa berbaring di bilik selepas merakamkan babak susah.
Tambahnya menaikkan jangkaan mengenai bahagian kedua “The Glory”,
Banyak lagi yang akan dirungkai dalam bahagian kedua. Ianya akan menjadi lebih menyeronokkan.
Ulas Song Hye-kyo mengenai watak Moon Dong-eun yang nampak kurang bermaya,
Saya mahu dia kelihatan penat dan lemah. Seseorang yang ingin membalas dendam mungkin akan bertambah berat namun saya merasakan, lebih memuaskan apabila pelaku dikalahkan oleh mangsa yang lemah dan membuatkan mereka berfikir, ‘Apa yang menakutkan mengenai orang itu?’
Korang mesti tak sabar tunggu bahagia kedua “The Glory” kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.