Nampaknya nama Jung Sung-il menjadi topik perbualan peminat K-Drama sejak beberapa hari ini selepas penampilannya dalam “The Glory” berjaya menambat hati semua.
Walaupun menonjolkan persona lelaki berusia pertengahan yang macho dengan pakaian sut lengkap dan lirikan mata yang membawa seribu maksud, sepertinya ada perkara lain yang membuatkan ramai berbincang mengenai pelakon ini.
Tular di media sosial apabila Jung Sung-il dikatakan mirip pengacara terkenal Yoo Jae-suk. Eh biar benar?
오늘 더 글로리 하도영(정성일 배우 분)
안경 벗은 유재석 선배님 닮았다는 댓글 두 번이나 봐서 진짜 자꾸 그렇게 보임
아 진짜로… pic.twitter.com/DCm3FEY1HR— 영광 (@ccgbap) January 5, 2023
Katanya, bentuk muka, rahang yang berbentuk tinggi, hidung lurus dan lingkaran mata yang dalam membuatkan lelaki tersebut kelihatan saling tak tumpah Yoo Jae-suk yang cuba kelihatan kacak ketika membuka cermin matanya.
Koemn penonton,
Setiap kali melihat Jung Sung-il, saya teringatkan Yoo Jae-suk tanpa cermin mata.
Saya mahu menyaman siapa yang menyebut Yoo Jae-suk tanpa cermin mata kerana saya tak mampu menonton musim kedua nanti.
Di memang Yoo Jae-suk!
Saya pakaikan Jung Sung-il cermin mata dan dia ada iras Yoo Jae-suk.
Dalam pada itu, “The Glory” membawa kisah seorang wanita yang mahu membalas dendam terhadap pembulinya ketika di zaman sekolah.
Sama ke korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.