Bukan mudah tau perjalanan Lee Do-hyun sebagai seorang pelakon hingga ke tahap ini..
Terbaru, Lee Do-hyun telah tampil sebagai tetamu dalam proram “You Quiz On The Block” yang diacarakan oleh Yoo Jae-suk dan Jo Se-ho. Ketika berbual, pelakon lelaki itu berkongsi pengalamannya bekerja dengan Song Hye-kyo untuk “The Glory”, kisah keluarganya dan banyak lagi.
Pada awalnya, Lee Do-hyun ditanya sama ada dia dapat merasakan popularitinya kini selepas membintangi “The Glory”,
Saya tidak pasti sama ada saya begitu popular, tetapi saya mendapat banyak tawaran lakonan.
Kemudian, Lee Do-hyun juga turut menyatakan rasa terima kasihnya kepada Song Hye-kyo yang berlakon bersamanya dalam “The Glory”, atas sokongan dan bantuan dalam membuatnya berasa selesa ketika di set.
Saya banyak berfikir bahawa saya tidak sepatutnya merosakkan kerja Hye-kyo noona. Bertentangan dengan kebimbangan saya, dia berjaya sehingga saya tidak perlu berbuat apa-apa. Dia benar-benar hebat.
Selain itu, pelakon “Hotel Del Luna” tersebut berkongsi bahawa dia telah menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah baru pada tahun lepas. Jelasnya,
Ia masih rumah baru. Keluarga saya tinggal di rumah yang sama selama 20 tahun jadi, kami berpindah ke rumah yang lebih besar dan tingkap yang lebih dengan pengudaraan yang lebih baik.
Tambahnya lagi,
Wajah ibu bapa saya kelihatan lebih cerah dan mereka mempunyai lebih sedikit kedutan. Saya masih ingat tangan saya menggigil apabila saya mendepositkan sejumlah besar wang kepada mereka di tengah-tengah penggambaran.
Semoga terus maju jaya Lee Do-hyun!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉