“Saya Pernah Benci Hwasa Semasa Di Sekolah Menengah..” – Wheein MAMAMOO
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Pada siaran 24 Mei program MBC “Tteokbokki Brothers”, Whee-in telah hadir sebagai tetamu.
Nampaknya, peminat amat teruja untuk melihat sisi jujur dan ceria dalam kehidupan harian Whee-in, yang berbeza daripada penyanyi Whee-in di atas pentas.
Umum pasti mengetahui bahawa ahli MAMAMOO Whee-in dan Hwasa memang sudah dikenali sebagai kawan baik sejak sekolah menengah lagi. Pastinya tidak mudah untuk mempunyai rakan yang mengimpikan impian yang sama dan bekerja bersama dalam kumpulan sama.

Namun, Whee-in membuat pengakuan mengejut dengan berkata,
Hye-jin (nama sebenar Hwasa) dan saya berkawan sejak sekolah menengah. Semasa kami mula-mula menjadi rakan sekelas, saya membenci Hwasa. Saya fikir saya tidak akan rapat dengannya.
Meskipun penonton ingin tahu mengapa Whee-in membenci Hwasa semasa dia di sekolah menengah dan bagaimana kedua-duanya menjadi rapat serta menjadi ahli MAMAMOO bersama-sama, namun Whee-in sebaliknya mengimbau kembali zaman pelatihnya bersama Hwasa. Whee-in berkongsi,
Hye-jin dan saya adalah pelatih selama tiga setengah tahun. Terdapat banyak kesukaran, tetapi saya masih ingat saya tidak mempunyai banyak wang. Saya hidup dengan membahagikan elaun yang saya terima daripada ibu bapa saya. Tetapi saya tidak pernah terfikir untuk berputus asa. Saya memikirkan cara untuk mengatasinya.

Suka tengok keakraban mereka.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




