Ikuti Kami:

“Adakah Semua Akan Berakhir Kalau Saya Tiada” – Hwasa MAMAMOO Ulas Komen Jahat

“Adakah Semua Akan Berakhir Kalau Saya Tiada” – Hwasa MAMAMOO Ulas Komen Jahat

Sukar menjadi selebriti kerana perlu tabah menghadapi komen yang kurang sensitif dan tidak diduga.

Terbaru, Hwasa dan berkongsi pelbagai cerita mengenai kehidupannya menerusi dokumentari ‘MMM_Where Are We Now’.

Dalam satu temubual, produser muzik dan CEO agensi RBW yang dinaungi MAMAMOO berkongsi mengenai kesukaran yang dilalui idola itu,

Hwasa sedikit tembam dahulu berbanding kini. Ada yang menyukainya kerana menganggap dia akan mencapai sesuatu pada masa hadapan. Namun terdapat juga individu dengan pendapat konservatif, ‘Ya.. saya tak berasa seronok melihatnya, saya tak rasa dia akan berjaya.’ Di mata dunia, ramai yang mengeji wanita mengikut standard kecantikan mereka.

hwasa mamamoo

Tambahnya,

Pandangan saya berubah setaip hari apabila melihatnya. Kadang-kadang, saya terfikir, ‘Memang manusia sebegitu’. Ada juga ketika saya akan menerimanya secara natural. Dan kadang-kadang saya berasa, ‘Saya akan membunuh mereka semua’ dan perasaan marah membuak-buak.

hwasa mamamoo

Pada ketika itu, Hwasa juga berasa tidak senang dengan komen buruk mengenai penampilannya,

Saya berasa tidak adil. Sampaikan terfikir, ‘Adakah semuanya akan berakhir kalau saya mati?’

Mendengarkan pengakuan Hwasa, rata-rata meluahkan rasa simpati dan terus memberikan sokongan atas keberaniannya untuk terus menampilkan personaliti sebenar sehingga kini.

hwasa mamamoo

Tak baiknya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...