Ikuti Kami:

“Saya Perlu Uji Bakat 100 Kali Untuk Dapat Berlakon” – Ha Yoonkyung Buat Pengakuan Sedih

“Saya Perlu Uji Bakat 100 Kali Untuk Dapat Berlakon” – Ha Yoonkyung Buat Pengakuan Sedih

Drama “Extraordinary Attorney Woo” nampaknya telah memperkenalkan ramai pelakon dengan lakonan yang hebat, seperti Ha Yoon-kyung dan ramai lagi.

Bagi yang belum tahu, Ha Yoon-kyung memainkan watak Choi Soo-yeon dalam “Extraordinary Attorney Woo”, rakan sekelas Woo Young-woo di sekolah undang-undang dan juga bekerja di Hanbada. Berkat lakonannya yang memuaskan, pelakon itu telah berjaya mendapat perhatian penonton.

Dalam temu bual yang dilakukan baru-baru ini, Ha Yoon-kyung mendedahkan bahawa “Extraordinary Attorney Woo” adalah karya pertama yang dia muncul tanpa perlu mengikuti sesi uji bakat. Jelasnya,

Itu adalah impian yang telah lama saya impikan. Saya mempunyai harapan bahawa saya boleh muncul dalam karya sekali sahaja tanpa uji bakat.

ha yoonkyung

Kemudian, Ha Yoon-kyung turut berkongsi bahawa ianya amat sukar untuk dia muncul dalam mana-mana drama tanpa uji bakat. Dia berkata,

Ada orang yang boleh melakukannya dengan segera apabila mereka masih baru, tetapi itu hanya minoriti. Kebanyakan pelakon harus lakukan pelbagai uji bakat.

Ha Yoon-kyung membuat pengakuan sedih dengan berkata,

Saya menjalani kehidupan di mana saya perlu lakukan uji bakat seratus kali untuk memutuskan sama ada dapat berlakon dalam sebuah projek atau tidak.

ha yoonkyung

Sekadar info, Ha Yoon-kyung dilahirkan pada tahun 1992 dan berusia 30 tahun kini. Selain “Extraordinary Attorney Woo”, Ha Yoon-kyung juga pernah membintangi drama “Hospital Playlist”, “She Would Never Know” dan filem “Socialphobia”.

Semoga dapat tengok Ha Yoon-kyung berlakon watak utama pula lepas ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...