Ikuti Kami:

Ha Yoonkyung Kongsi Pandangan Mengenai ‘Love-Line’ Choi Sooyeon & Kwon Minwoo

Ha Yoonkyung Kongsi Pandangan Mengenai ‘Love-Line’ Choi Sooyeon & Kwon Minwoo

“Extraordinary Attorney Woo” sudah berjaya meraih kejayaan yang mengagumkan apabila kini sudahpun tamat bersiaran sebanyak 16 episod.

Pelakon drama bersiri tersebut, Ha Yoon-kyung baru-baru ini sempat berkongsi mengenai pandangannya mengenai ‘love-line’ nya bersama watak Joo Jong-hyuk.

Dalam satu sesi temu bual bersama Spotify News baru-baru ini, Ha Yoon-kyung berkata,

Saya tak rasa ‘love-line’ antara Choi Soo-yeon dan Kwon Min-woo adalah satu lonjakan atau pemecahan watak.

ha yoonkyungMenjurus kepada itu, dia turut berkata,

Apabila skrip sudah diberikan ketika pertengahan pembacaan skrip, baru saya tahu mengenai hal ini. ‘Love-line’ ini merupakan ikatan yang boleh mempamerkan suatu perasaan yang baru, jadi ianya bukan lonjakan atau pemecahan watak.

Dia menambah,

Saya merasakan ianya lebih seronok kerana karakter Soo-yeon tidaklah begitu sempurna dan saya rasa dia mempunyai banyak kekurangan jadi saya rasa kekurangan itu akan dapat diterima dan dia akan disayangi. Saya juga merasa seperti proses mengenali Min-woo boleh menjadi agak menakutkan.

ha yoonkyungKemudian dia berkata,

Semua orang ada kekurangan. Tajuk drama ini pun “Extraordinary Attorney Woo”, jadi saya rasa kami semua luar biasa. Ia mungkin nampak sekadar gurauan, namun bila saya ingat balik, Choi Soo-yeon pernah digelar “Geum Sa-pa” dan ianya sebenarnya realistik.

Ha Yoon-kyung menambah,

Sepanjang proses ini, watak Soo-yeon akan berkembang, jadi saya tak tahu apa akan jadi kepada Kwon Min-woo. Tapi bagi saya, berjaya atau gagal, ianya juga satu proses untuk terus berkembang. Saya akan terus mengekspresikan watak dengan lebih baik. 

choi sooyeonMelihat kepada reaksi penonton, Ha Yoon-kyung merasakan wataknya agak digemari peminat.

Mestilah ada sebab kan orang sukakan saya? Saya dapat rasakan peminat sangat menggemari watak Choi Soo-yeon, jadi saya bersyukur. 

Korang dah habis tengok ke “Extraordinary Attorney Woo”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...