Ikuti Kami:

Dominasi Pelbagai Carta, ‘Extraordinary Attorney Woo’ Labuh Tirai Dengan Berjaya

Dominasi Pelbagai Carta, ‘Extraordinary Attorney Woo’ Labuh Tirai Dengan Berjaya

Baru sahaja melabuhkan tirai dengan bersiaran sebanyak 16 episod, drama bersiri Netflix, “Extraordinary Attorney Woo” kini berjaya menduduki tempat pertama dalam carta ke-10 Netflix.

Menurut laman rasmi Netflix, sehingga kini “Extraordinary Attorney Woo” menduduki tempat pertama dalam carta “Netflix Top 10” untuk jumlah jam tontonan di Netflix.

Dalam minggu ke-4 bulan Julai (18 Julai – 24 Julai), jumlah jam tontonan mencecah hampir 55.07 juta jam dan drama itu meningkat naik kepada 65.63 juta jam tontonan dan mengatasi pelbagai drama atau filem lain di Netflix. july Manakala, dalam minggu ke-3  pada bulan ini (15 Ogos – 21 Ogos) jumlah jam tontonan yang berjaya direkodkan adalah sebanyak 77.43 juta jam. Ianya merupakan rekod tertinggi untuk kedua-dua kategori siri ‘English’ dan ‘Non-english’ TV. August

Bukan itu sahaja, menerusi Good Data, para pelakon “Extraordinary Attorney Woo” juga berjaya memberikan kesan yang hebat dengan kualiti lakonan mereka yang mengagumkan. Para pelakon itu mendominasi carta “Most Buzzworthy Drama Cast” yang mana mereka menduduki sebanyak 6 daripada 10 tempat. Turut tersenarai dalam carta adalah dua teraju utama dari “Big Mouth” serta “Alchemy Of Souls”.extraordinary attorney woo

Wah, hebat betul impak “Extraordinary Attorney Woo”! Syabas buat pihak produksi dan juga pelakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...