Ikuti Kami:

“Pandangan Orang Berbeza” – Kang Taeoh Dedah Peranan Watak Lee Junho Lebih Terperinci

“Pandangan Orang Berbeza” – Kang Taeoh Dedah Peranan Watak Lee Junho Lebih Terperinci

Semestinya ramai yang merupakan peminat drama bersiri “Extraordinary Attorney Woo” kan? Korang minat watak Lee Jun-ho tak?

Baru-baru ini, pelakon bagi watak itu, Kang Tae-oh berkongsi pandangannya mengenai watak tersebut dan beberapa kisah di sebalik penghasilan drama itu.

Menurut Kang tae-oh,

Saya semua orang mempunyai pandangan yang berlainan apabila sesuatu topik dikupas. Ianya bukan sekadar berdasarkan topik autism tetapi juga pelbagai topik lain. Sebagai contoh, ada setengah orang sukakan perasa ‘mint chocolate’ tapi saya tidak sukakannya.

kang taeohDia menyambung,

Ada beberapa watak naratif dalam sinopsis drama ini dan mengenai watak Lee Jun-ho, dia menyukai wanita yang diidamkannya. Ianya bermula apabila Lee Jun-ho agak keliru dengan cara pemikiran dan cara Young-woo menyelesaikan masalah jadi saya rasa disitu lah bermula bagaimana perasaan cinta itu mulai tumbuh. 

Dia menambah,

Lee Jun-ho sebenarnya datang daripada keluarga peguam dan dia bercita-cita untuk menjadi peguam. Melihat kepada kemahiran yang dimiliki kedua ibu-bapanya, dia juga ingin menjadi seorang peguam dan ingin berjumpa dengan orang yang dia suka. 

Kang Tae-oh menambah lagi,

Lee Jun-ho seorang yang sangat rajin belajar namun dia tidak lah begitu pintar jadi dia hanya layak berkerja di bahagian ‘ligitation’. Dalam erti kata lain, dia berasa rendah diri tetapi dia rajin bekerja dalam jawatan yang diberikannya jadi saya dapat untuk memahami orang seperti Lee Jun-ho.

kang taeohMengenai pekerjaan Lee Jun-ho, Kang Tae-oh turut berkongsi bagaimana dia memahami watak tersebut.

Saya mempunyai seorang kawan rapat dan ayahnya berkerja di bahagian ‘ligitation’, jadi saya bertemu dengannya dan mendapatkan lebih banyak pencerahan tentang bagaimana pekerjaan itu perlu dibawa. 

Bersungguh-sungguh ek nak bawa watak Lee Jun-ho…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...