Ikuti Kami:

“Saya Perlu Rehat” – Jung Hoyeon Kongsi Pandangan Peribadi & Projek Akan Datang Di Manila

“Saya Perlu Rehat” – Jung Hoyeon Kongsi Pandangan Peribadi & Projek Akan Datang Di Manila

Hmm, tak nak datang Malaysia ke?

Terbaru, pelakon Jung Ho-yeon mengadakan ‘fan meeting’ solonya di Manila sebagai duta global bagi IAM Worldwide. Ho-yeon yang hadir ke acara itu juga menjawab beberapa soalan daripada pihak media di sana dalam satu sesi temu bual.

Soalan: Apakah perasaan anda apabila disayangi dan disokong oleh kebanyakkan peminat Filipina selepas menjayakan watak dalam siri Netflix, “Squid Game”?

Jawapan: Pertama sekali, bagi saya ini adalah kenangan dan sesuatu yang sangat hebat. Ini juga kali pertama saya hadir ke sini untuk bekerja sambil saya boleh bercuti untuk diri sendiri.

Pihak IAM Worldwide juga melayan saya dengan baik sekali, berikan makanan yang sedap dan saya akan kembali lagi ke sini jika berpeluang. hoyeonSoalan: Ke manakah tempat, yang akan kamu kunjungi jika kamu ingin bercuti?

Jawapan: Saya dengar bahawa Filipina ada banyak pulau yang cantik dan saya ingin melihat salah satunya. Saya tidak mahu berbuat apa pun. Saya hanya mahu baring di atas pasir, lihat ke langit, naiki bot dan merasai air di sini sendiri sebab saya sangat memerlukan rehat sekarang.

Soalan: Apakah persamaan menerusi watak yang awak bawa dalam “Squid Game” dengan personaliti diri awak sendiri?

Jawapan: Saya rasa berbanding daripada tindakan atau aksi berat yang saya lakonkan dalam siri itu, persamaan kami lebih kepada bagaimana kami membawa diri ketika berada di setiap negara berbeza, tempat yang bukan tempat kami membesar. Jadi, kami perlu sesuaikan diri dengan budaya berbeza, kumpul duit dan tinggal di sana. hoyeonSoalan: Apakah projek terbaru kamu yang akan datang selepas siri popular “Squid Game”?

Jawapan: Saya ada banyak projek menanti dan sedang saya usahakan sekarang. Saya sedang mengusahakan projek bagi siri Apple TV+, “Disclaimer”, filem bertajuk, “The Governess” yang merupakan debut Hollywood saya dan juga drama siri Netflix berdasarkan webtoon, “Dakgangjeong”.

Wah… tak sabarnya nak tunggu lakonan baru Jung Ho-yeon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...