Ikuti Kami:

Jung Hoyeon Kini Pelakon Wanita Korea Pertama Tersenarai Dalam ‘TIME 100 NEXT’

Jung Hoyeon Kini Pelakon Wanita Korea Pertama Tersenarai Dalam ‘TIME 100 NEXT’

Jung Ho-yeon kini jadi pelakon wanita Korea pertama tersenarai dalam ‘TIME 100 Next’.

Terbaru, majalah mingguan Amerika Syarikat, TIME, mengumumkan senarai tahunan “TIME 100 NEXT” bagi tahun 2022. Senarai tersebut adalah untuk menyenaraikan 100 peneraju generasi akan datang dalam pelbagai bidang seperti, perniagaan, hiburan, sukan, politik, kesihatan, sains dan aktivisme.

Berjaya mengejutkan ramai pihak, pelakon Jung Ho-yeon telah dipilih sebagai “Phenoms” yang mana dikategorikan sebagai seorang rookie dalam bidang tersendiri yang mencipta fenomena dengan populariti sendiri.jung hoyeonMelihat kepada perkara tersebut, pengarah siri Netflix “Squid Game”, Hwang Dong-hyuk berkata,

Saya selalu berfikir bahawa Jung Ho-yeon sedang berjuang dengan reputasinya, jangkaan, cemburu terhadap kejayaannya, dan keinginannya. Saya sering bergurau dengan memanggilnya ‘pahlawan’. Tidak dinafikan bahawa dia mempunyai kemahiran dan keberanian untuk melawan banyak ‘pertempuran’. Selain itu, saya harap lakonannya akan menjadi tempat berehat untuknya, bukannya ‘medan perang’.”

Selepas satu kejayaan demi satu kan? Tahniah Jung Ho-yeon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...