Bukan Jessi lah kalau wanita itu tidak cuba berpenampilan seksi apabila melakukan persembahan.
Terbaru, penyanyi solo itu telah berkongsi bagaimana perbezaan pakaian yang digayakan olehnya apabila membuat persembahan lokal ataupun di luar negara.
Semasa di Festival Rolling Loud di Thailand baru-baru ini, Jessi seronok berkongsi mengenai penampilan seksinya berwarna ungu di Instagram Live dan berkata,
Saya tak boleh berpakaian begini kalau di Korea.
Dalam Instagram Live lain di mana dia sedang membuat persiapan untuk ke Las Vegas pula untuk We Bridge EXPO, Jessi berkongsi mengenai pakaiannya,
Ia lebih terdedah berbanding pakaian ketika persembahan di Rolling Loud Thailand.
Jelasnya lagi
Apabila saya buat persembahan di Korea, saya memakai sut. Tapi sebabkan saya di Amerika Syarikat, jadi saya perlu membuka baju. Jebbie (nama peminat) perlu datang ke konsert di Amerika Syarikat kerana ianya lebih bebas.
View this post on Instagram
Keluar sempadan, auto seksi.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉