Meskipun dikenali ramai sejak beberapa tahun ini namun Jessi sebenarnya sudah aktif dalam dunia hiburan Korea sejak tahun 2005.
Tampil ‘ssen’ atau garang kini namun penyanyi rap wanita itu sebenarnya memiliki personaliti yang comel semasa awal debutnya. Terbaru, saluran ‘KBS StarTV: People’s Encyclopedia’ telah naik satu video bertajuk ‘Jessi’s Mild Flavor’.
Dalam klip tersebut, mereka menyelitkan Jessi yang lebih dikenali sebagai Jessica H.O pada ketika itu memperkenalkan dirinya di rancangan “Star Golden Bell”.
Dengan tenaga yang comel dan baik, personaliti wanita itu di samping gigi arnab yang dapat dilihat apabila dia tersenyum nyata menarik perhatian ramai. Malah pada usia 18 tahun, sebutan dan suara Jessi sangat jelas dan berbeza berbanding suaranya yang agak kasar kini.
Melihatkan perbezaan penampilannya itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut kerana personaliti asalnya jauh berlainan dengan sekarang ini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉