Seperti yang sering diceritakan sebelum ini, Jessi mengakui bahawa ibunya merupakan penyokong terbesar buatnya ketika bari menceburi dunia nyanyian di Korea.

Terbaru, penyanyi rap popular itu telah berkongsi beberapa foto bersama ibunya menerusi Instagram ketika percutian mereka di Phuket, Thailand.
Tulisnya,
Kalau awak inginkan ketenangan, ini lah ketenangan saya. Sayang ibu.
View this post on Instagram
Dalam foto itu, dapat dilihat Jessi dan ibunya memakai pakaian renang dan bergaya bersama selain terdapat posting solo untuk penyanyi itu sahaja.
Rata-rata peminat meluahkan rasa kagum melihat bentuk badan anak-beranak tersebut yang sempurna.
Dalam pada itu, Jessi sebelum ini pernah bercerita bahawa ibunya merupakan seorang yang lebih seksi dan menonjol daripadanya. Comel!
Cantiknya!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉