Ikuti Kami:

“Saya Percayakan Dia” – Kembali Aktif, Kim Minseo Beri Sokongan Buat Kim Seonho

“Saya Percayakan Dia” – Kembali Aktif, Kim Minseo Beri Sokongan Buat Kim Seonho

Hubungan antara pelakon “Hometown Cha Cha Cha” nampaknya berlanjutan hingga kini meskipun drama itu sudah lebih setahun menamatkan siaran.

Umum mengetahui bahawa pelakon utamanya iaitu Kim Seon-ho telah terpalit dengan kontroversi melibatkan bekas kekasihnya sejurus selepas siri tersebut tamat. Disebabkan oleh pelbagai pendedahan, lelaki itu memilih untuk menjauhkan diri dari perhatian ramai selama hampir setahun meskipun netizen memihak kepadanya selepas mengetahui perkara sebenar.

Pun begitu, Kim Seon-ho dilihat kembali aktif kini apabila mula menghadiri pelbagai acara seperti ‘2022 Asia Artist Awards’ baru-baru ini selain turut bakal muncul dalam beberapa naskhah seperti drama dan filem pada tahun hadapan.

kim seonho

Bukan sahaja peminat yang gembira dengan ‘comeback’ lelaki tersebut, namun rakan pelakonnya turut menuai perasaan yang sama. Lihat sahaja Kim Min-seo yang membawa watak Ju-ri dalam “Hometown Cha Cha Cha” di mana dia memuat naik entri sokongan buat Kim Seon-ho. Tulisnya,

Gembira melihat banyak perkara baik yang berlaku buat pelakon Kim Seon-ho sejak kebelakangan ini^^ Awak hanya akan lalui perkara membahagiakan sahaja pada masa hadapan~~~!

kim seonho kim minseo

Entri tersebut meraih komen memberangsangkan dari peminat “Hometown Cha Cha Cha” dan juga Kim Seon-ho. Malah pelakon lelaki itu turut dilihat meninggalan tanda ‘suka’ buat ucapan itu.

Selamat kembali Kim Seon-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...