Ikuti Kami:

Kembali Aktif, Kim Seonho Terima 4 Anugerah Di ‘2022 Asia Artist Awards’

Kembali Aktif, Kim Seonho Terima 4 Anugerah Di ‘2022 Asia Artist Awards’

Terbukti masih popular, Kim Seon-ho dilihat bersinar dengan cerah di ‘2022 Asian Artist Awards’.

Berlangsung di Dewan Nagoya Nippongaishi, Jepun, lelaki itu menerima 4 anugerah iaitu ‘Anugerah Pilihan Terbaik’, ‘Anugerah Selebriti Asia’, ‘Anugerah Populariti DCM’ dan ‘Anugerah Populariti Idola +’.

Katanya apabila memenangi Anugerah Populariti,

Saya mendengar peminat bekerja keras untuk mengundi siang dan malam, saya akan buat yang terbaik untuk membalas jasa anda dengan projek baik. Terima kasih.

Tambahnya ketika memenangi Anugerah Populariti Idola +,

Terima kasih kerana kerisauan anda yang ikhlas. Sebenarnya, saya sedang terfikir apa yang perlu disediakan dan bekerja untuk projek baru. Saya terfikir bila saya peling bahagia. Saya paling bahagia dan bersyukur ketika itu. Sejujurnya, saya merasakan sebab saya boleh berlakon kerana ada yang menyokong dan melawat saya. Mungkin mereka yang membuatkan saya gembira. Saya akan menjadi seorang pelakon yang lebih baik.

Untuk pengetahuan, Kim Seon-ho mengumumkan bahawa peminat boleh melihatnya dalam filem “Sad Tropics” pada tahun hadapan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...