Ikuti Kami:

Dari Drama & Filem, Kim Seonho Akan Kembali Menemui Peminat Dengan Pelbagai Aktiviti 2023 Ini

Dari Drama & Filem, Kim Seonho Akan Kembali Menemui Peminat Dengan Pelbagai Aktiviti 2023 Ini

Akhirnya, Kim Seon-ho akan kembali menemui peminat dengan pelbagai aktiviti!

Selepas berhenti dari semua aktivitinya pada tahun lepas dek kontroversi bersama bekas kekasih, peminat pastinya merindui Kim Seon-ho, kan?

Pada Julai lepas, Kim Seon-ho telah kembali menemui peminat menerusi teater “Touching the Void”, di mana pelakon itu membawa watak sebagai Joe. Memberikan contoh yang baik, Kim Seon-ho juga telah menyumbangkan keseluruhan bayaran dari persembahannya kepada mangsa kerosakan taufan pada ketika itu.

Akan datang, Kim Seon-ho akan terajui filem “Sad Tropics” yang diarahkan oleh pengarah Park Hoon-jung dan telah pun selesai penggambaran beberapa bulan lepas. Kemudian, dia juga telah disahkan akan muncul dalam filem “Tyrant”, merupakan kerjasama keduanya bersama pengarah Park Hoon-jung.

kim seonho

Bukan itu sahaja, selepas “Hometown Cha Cha Cha”, pelakon itu dijangka akan membuat penampilan pertama ke skrin kecil menerusi drama “Haeshi’s Shinru”, yang membawa kisah Lee Hyang iaitu seorang saintis bijak yang cintakan bintang dan Haeru, seorang wanita yang boleh melihat masa hadapan.

Baru-baru ini, pelakon lelaki itu baru sahaja selesai mengadakan perjumpaan peminat di Seoul, dan turut merancang untuk berjumpa dengan peminatnya di negara Asia.

Terbaru, Kim Seon-ho juga dilihat berada di lapangan terbang, dalam perjalanannya ke Jepun bagi menghadiri ‘2022 Asia Artist Awards’, pada malam 13 Disember.

kim seonho

Dengan ini, ramai yang teruja menantikan kemunculan semula Kim Seon-ho menerusi pelbagai aktiviti pada 2023 nanti.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...