Ikuti Kami:

“Saya Percaya..” – Terima Sambutan Hangat, Kang Minhyuk Ulas Kemungkinan Musim Ke-2 ‘Celebrity’

“Saya Percaya..” – Terima Sambutan Hangat, Kang Minhyuk Ulas Kemungkinan Musim Ke-2 ‘Celebrity’

Mesti ramai kan yang dah habis layan drama “Celebrity”?

Bagi yang belum tahu, siri Netflix “Celebrity” membawa kisah sisi gelap di sebalik kehidupan mewah para pempengaruh di Korea.

Baru-baru ini, salah seorang teraju utama drama itu iaitu Kang Min-hyuk telah terlibat dengan satu temu bual, bagi berkongsi sedikit sebanyak mengenai siri berkenaan.

Khususnya ketika sesi temu bual, lelaki itu berkongsi pengalamannya bekerja dengan Park Gyu-young dengan berkata,

Dia sangat teliti dan terperinci, yang menjadikan penggambaran rancangan itu satu pengalaman yang hebat. Seperti dia, saya juga berusaha untuk mewujudkan suasana yang selesa untuk rakan pelakon saya. Saya berterima kasih kepadanya kerana membimbing saya ke arah yang betul.

Kemudian, Kang Min-hyuk turut mendedahkan bahawa “Celebrity” berkemungkinan akan kembali dengan musim kedua,

Rakan-rakan telah bertanya kepada saya sama ada penampilan Lee Jun-ho dalam drama itu akan membayangkan sesuatu yang istimewa, tetapi secara jujur, saya tidak tahu. Saya rasa ia ada kemungkinan untuk musim baru.

kang minhyuk celebrity

Jelasnya lagi,

Namun, apa yang saya percaya ialah tema media sosial dan selebriti akan terus berkembang dalam jangka masa yang lama. Jika jalan cerita seperti ini mendapat perhatian, kami boleh menjangkakan untuk melihat lebih banyak drama yang meneroka tema yang sama pada masa hadapan.

Korang suka tak drama dengan tema macam ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...