Ikuti Kami:

“Ada Mesej Tersembunyi” – Kang Minhyuk Dedah Soal Adegan Buka Kasut Dalam ‘Celebrity’

“Ada Mesej Tersembunyi” – Kang Minhyuk Dedah Soal Adegan Buka Kasut Dalam ‘Celebrity’

Siapa dah tengok drama “Celebrity”?

Baru-baru ni, pelakon utama drama “Celebrity” iaitu Kang Min-hyuk telah ditemu bual oleh media Korea mengenai drama tersebut.

Untuk maklumat, “Celebrity” membawa kisah sisi gelap di sebalik kehidupan mewah para pempengaruh di Korea.

Kang Minhyuk

Umum pasti mengetahui, satu babak dalam episod 8 telah tular, di mana wataknya Han Jun-kyung berjalan masuk ke rumah dengan memakai kasut dan pembantu rumah mengekorinya rapat untuk membukakan kasutnya.

Ketika sesi temu bual, Kang Min-hyuk mengulas tentang babak tersebut,

Saya banyak berlatih, bagaimana saya boleh melakukan dengan baik, dan apa yang akan membuatkan ia nampak menarik. Saya hanya terfikir untuk mendapatkan ‘timing’ yang sempurna. Saya perlu banyak kali berulang alik dalam rumah, saya banyak kali berlatih supaya nampak natural. Saya banyak kali cuba padankan pergerakan tangan dan kaki. Sebanyak itu, saya mencubanya.

Tambahnya lagi,

Ada satu watak yang menanggalkan kasut saya apabila saya masuk ke dalam rumah, dan ianya ada dalam skrip. Daripada babak NG, saya merakamnya sehingga ia keluar secara semula jadi. Ia berlangsung tanpa banyak perbezaan daripada adegan biasa. Apabila saya cuba, saya tidak pernah jatuh atau sebagainya.

Kang Minhyuk

Selain itu, pelakon tersebut turut berkongsi reaksi penonton mengenai babak itu,

Saya mendapat banyak kenalan. Saya juga melihat banyak reaksi melalui sosial media tetapi saya juga faham reaksi penonton yang melihatnya. Dan jika awak hanya melihat bagaimana chaebol menanggalkan kasutnya, ia boleh jadi menjengkelkan, dan ia akan dijelaskan kemudian dengan baris. Saya rasa ada mesej tersembunyi walaupun dalam adegan provokatif.

Apa-apa pun adegan tu memang menjadi!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...