Ikuti Kami:

“Saya Pemalu..” – Jennie BLACKPINK Kongsi Personaliti Diri Sebenar

“Saya Pemalu..” – Jennie BLACKPINK Kongsi Personaliti Diri Sebenar

Sebagai seorang idola, personaliti Jennie BLACKPINK pastinya sering disalah faham oleh orang ramai.

Baru-baru ini, Jennie telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Vogue Japan, di mana idola itu ada mendedahkan mengenai personaliti dirinya yang sebenar. Dia berkata,

Jennie di atas pentas sangat berkarisma dan berkuasa, tetapi di luar pentas saya hanyalah seorang gadis biasa yang pemalu.

Kemudian, Jennie juga turut berkongsi rutinnya sebelum membuat persembahan di konsert,

Rutin saya sebelum konsert besar ialah menghidupkan air humidifier dan minum banyak air suam sebelum nak tidur. Saya percaya minda yang sihat datangnya daripada badan yang sihat.

blackpink jennie

Sambungnya,

Jika awak dapat rehat yang cukup, makan dengan baik dan bersenam dengan kuat, badan dan minda awak juga akan menjadi baik.

Sementara itu, Jennie bakal menemui peminat sebagai pelakon buat kali pertama dalam siri HBO “The Idol” pada 4 Jun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...