Utama K-Pop “Mereka Telefon Saya..” – Debut Berlakon, Jennie Kongsi Terima Sokongan BLACKPINK Untuk...

“Mereka Telefon Saya..” – Debut Berlakon, Jennie Kongsi Terima Sokongan BLACKPINK Untuk ‘The Idol’

blackpink jennie

Bukan sahaja bekerja bersama sebagai satu kumpulan malahan, semua ahli BLACKPINK turut mempunyai hubungan rapat bak keluarga.

Baru-baru ini, Jennie telah terlibat dengan satu temu bual bersama Entertainment Tonight ketika menghadiri Festival Filem Cannes ke-76 di Perancis.

Ketika sesi temu bual, idola itu berkongsi bahawa dia melakukan penggambaran untuk siri HBO “The Idol” pada waktu yang sama semasa BLACKPINK membuat persiapan untuk album “BORN PINK” mereka. Dia berkata,

Semasa saya menjalani penggambaran untuk ‘The Idol’ tahun lepas, kami sedang merakam muzik video untuk album terbaru kami. Jadi, mereka sering menghubungi saya setiap hari. Mereka akan menelefon saya semasa saya berada di Los Angeles dan memastikan saya melakukan dengan baik sendiri.

blackpink

Selain itu, Jennie juga turut mendedahkan sokongan yang diberi Ji-soo,

Hari ini, Ji-soo menghantar mesej kepada saya ‘Awak kelihatan cantik, saya sangat gembira untuk awak!’. Kami memang ada hubungan keluarga yang baik.

Sukanya tengok hubungan rapat mereka!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBEREntertainment Tonight
Loading...