Ikuti Kami:

“Saya Pelakon Tapi Imej..” – Tinggalkan ‘Running Man’, Luahan Dilema Jeon Somin Kembali Tular

“Saya Pelakon Tapi Imej..” – Tinggalkan ‘Running Man’, Luahan Dilema Jeon Somin Kembali Tular

Sepertinya masih ramai yang berharap agar Jeon So-min menarik kembali keputusan untuk meninggalkan “Running Man”.

Sudah pun menjalani rakaman episod akhir, pelakon wanita itu dikatakan mahu berehat seketika bagi menambah tenaga sebelum kembali aktif dalam bidang seni, terutamanya lakonan.

Disebabkan oleh itu, ramai yang mengimbau kembali perkongsian Jeon So-min mengenai dilemanya sebagai pelakon semasa muncul sebagai tetamu dalam “Pinggyego” pada Mei lalu,

Saya mempunyai pekerjaan sepenuh masa tapi saya terfikir sekiranya imej apa yang ada pada saya kerana program hiburan. Malah, ada yang menonton filem dan drama saya berkata ‘saya asyik teringat imej hiburan awak’. Hal itu agak membebankan.

jeon somin

Tambahnya,

Tapi adakah saya akan lebih berjaya sebagai pelakon kalau tak muncul dalam rancangan hiburan? Itu pun tidak. Saya hanya bekerja keras dengan apa yang diberikan mengikut pilihan terbaik yang dibuat oleh saya dan saya menganggap ia sebagai saat saya paling bahagia.

Dengan itu, peminat menyimpulkan bahawa buat Jeon So-min, “Running Man” ialah ‘pilihan terbaik dibuat’ dan ‘saat terbahagia’ buatnya.

Semoga Jeon So-min terus cemerlang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...