Akhirnya ahli “Running Man” membuka mulut mereka mengenai berita pengunduran diri Jeon So-min dari rancangan itu dalam episod terbarunya.
Ketika sesi pembukaan, Ji Suk-jin yang baru sahaja tiba di lokasi penggambaran terus bertanya kepada Jeon So-min,
Mengapa kamu memutuskan untuk meninggalkan Running Man?
Sebagai respons, Haha menyatakan kekecewaannya tentang pengumuman peninggalan Jeon So-min,
Siapa yang akan menjadi sasaran kita sekarang?
Yoo Jae-suk juga berkata,
Rasanya tak lengkap tanpa Jeon So-min.
Mendengar ini, Ji Suk-jin mencadangkan agar Jeon So-min membatalkan pengumuman itu,
So-min, masih belum terlambat.
Walau bagaimanapun, Yoo Jae-suk menjawab dengan tegas bahawa artikel berkaitan sudah pun diterbitkan ketika penggambaran berlangsung. Balas lelaki tua itu,
Kita boleh membetulkan semula artikel-artikel itu.
Sayang kan Jeon So-min dah tiada nanti..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.